Memahami Asas Perjuangan PKR

June 5, 2008 by pkrktn2008

17 Perkara Matlamat Dan Asas Perjuangan PKR

Pasca PRU 12, kemasukkan penyokong sebagai ahli PKR amat memberangsangkan.Saban hari kita menerima borang keahlian dan penubuhan cawangan PKR yang baharu. Ini merupakan perkembangan yang amat baik bagi PKR. Walaupun begitu, sebagai sebuah parti yang mendokong aspirasi rakyat yang berbilang kaum, setiap ahli perlulah memahami serta faham akan matlamat dan asas perjuangan parti.

Ahli PKR tidak seharusnya menjadi ahli parti politik yang  hanya ikut-ikutan tanpa mengetahui segala asas perjuangan dan matlamat parti. Justeru, setiap ahli perlulah menghadam 17 perkara yang terdapat dalam perlembagaan parti kita.

Sebagai permulaan, kami akan membentangkan asas-asas ini secara berperingkat atau secara sambungan. Ini bertujuaan pembaca tidak akan bosan membaca artikel ini.

Berikut adalah 2 matlamat dan asas perjuangan PKR ;

1) Membentuk masyarakat yang adil dan negara yang demokratik, progresif dan bersatu-padu.

2) Menyemai rasa hormat untuk sistem Raja Berpelembagaan, memperkukuhkan Demokrasi Berparlimen dan menyokong hak dan kuasa rakyat, serentak dengan usaha berterusan untuk meningkatkan rangka politik negara sesuai dengan harapan dan kepentingan rakyat.

Artikel ini akan bersambung lagi.

 

PROJEK PERLABURAN HARTANAH : PROJEK DANA PKR KUANTAN

June 5, 2008 by pkrktn2008

Assalamualikum & Salam sejahtera,

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pembaca yang sudi membaca blog PKR Kuantan ini.

Kami ingin memaklumkan berkenaan projek dana PKR Kuantan yang sedang di jalankan. Kini kami terlibat dalam projek perlaburan hartanah. Tuan2 dan Puan2 boleh melayari www.plots.com.my.

Kaedah perlaburan yang mudah serta menjanjikan pulangan yang tinggi. Amat sesuai untuk semua golongan samada yang berpendapatan rendah atau serderhana.

Bagi sesiapa yang berminat sila hubungi Sdr.Hilmi di talian 013-9057947.

 

Rakyat Marhaean siri 1

June 3, 2008 by pkrktn2008

Minyak Naik Lagi !

Selepas Pak Lah mengumumkan harga petrol dan diesel naik, kebanyakkan rakyat mengeluh, merunggut dan pelbagai lagi perasaan yang melanda dalam setiap sanubari rakyat. Tatkala artikel pendek ini ditulis, saya sedang membayangkan nasib rakyat marhaen yang menetap di bandar. Tak usah kita lihat KL, di Kuantan saja sudah cukup ketara kesengsaraannya.

Pelbagai natijah yang akan berlaku. Sama ada sedar atau tidak dengan kenaikkan ini, berapa ramai pula wanita & gadis terpaksa mencari rezeki di jalan yang bathil. Kesempitan hidup kini akan menyebabkan sesetengah individu yang akan kehilangan punca seterusnya bakal menjerumuskan diri dalam kancah yang tidak bermoral.

Mungkin ada pembaca akan menanyakan di mana fakta sebenar yang kami perolehi. Jika para pembaca sanggup ayuh kita ke lorong-lorong gelap, kelab malam atau sarang-sarang “ayam” bertemu dengan insan-insan yang meletakkan diri mereka sebagai kecundang dalam arus dunia yang mengganas. Mari kita berbual dan menyelemai hati mereka. Janganlah hanya menghukum semata. Bukan bermakna kami bersetuju dengan perbuatan atau perkerjaan tersebut, tetapi kami hanya tidak mahu masyarakat  menyalahkan saja tanpa mengambil peduli kenapa mereka terlibat sedemikian? Salah siapakah? Jawabnya kerajaan mempunyai saham dalam kesalahan ini.

Kerjaan turut menyumbang di atas setiap perlakuan sumbang rakyatnya akibat daripada agihan yang tidak saksama. Kerajaan yang menyebabkan mereka terus terpinggir dan hanyut dalam arus kehidupan dunia yang semakin ganas dan terus ganas.

Kerajaan yang ada sekarang tak ubah seperi telur di hujung tanduk. Mungkin tindakan ini adalah signal awal kepada rakyat bahawa BN bakal meninggalkan terajui pemerintahan negara. Ayuh marilah kita sama-sama mendoakan agar Allah Ta’ala memberi yang terbaik untuk kita semua.

Petikan daripada surah al-Insyirah ayat 5&6 Allah berfirman, Setiap kesulitan itu pasti akan disertai dengan kemudahan, seseungguhnya segala kesulitan pasti akan disertai kemudahan.

Justeru, marilah kita semua yakin dengan janji Allah. Bahawa apa yang menimpa kita hari ini akan menjelma kemudahan untuk kita semua.